Pages

UCAPAN



             Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas di atas penubuhan Portal Rasmi  Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang ini kerana pada era “segalanya di hujung jari” ini, portal sebegini menjadi keperluan dalam penyampaian dan hebahan maklumat yang berkesan. Portal ini bertujuan menyampaikan maklumat-maklumat terkini serta hebahan berkaitan program/aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Oleh yang demikian, saya amat berharap agar Portal ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat khususnya golongan belia di Negeri Pulau Pinang, semua organisasi bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi kerajaan dan swasta. Akhir kata saya sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada jawatankuasa Portal Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang kerana sentiasa mengemaskini maklumat bagi memastikan segala dasar dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dapat disampaikan dengan jelas dan berkesan.

 Selamat melayari portal ini…